Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai galian yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang pada pendapat pegawai galian itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai galian itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada Majistret yang boleh sesudah itu mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.
Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan sara hidup yang munasabah yang dilakukan olehnya dan adalah sah bagi Ketua Pengarah membayar perbelanjaan itu.
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bahagian VI
Bahagian VII