Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

28. Menggeledah dengan waran

(1)

Jika ternyata kepada Majistret, atas maklumat secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan,

Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai galian yang kepadanya waran itu diarahkan, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan, memasuki bangunan, tempat atau tanah itu dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau disyaki telah dilakukan dan apa-apa jentera, buku, dokumen atau benda-benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi bukti pelakuan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana pegawai galian yang bertindak di bawah subseksyen

(1)

boleh jika perlu berbuat demikian —

(a)

memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam bangunan atau mana-mana premis lain dan memasukinya;

(b)

dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

dengan menggunakan kekerasan memindahkan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1); dan

(d)

memecahkan apa-apa bekas untuk memeriksa kandungannya.

(3)

Pegawai galian yang menyita mana-mana mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda di bawah subseksyen (1) hendaklah —

(a)

dengan serta-merta meletakkan pada mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu suatu tanda yang menunjukkan bahawa ia telah disita;

Pembangunan Mineral 33

(b)

menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan satu salinan yang ditandatangani olehnya kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita yang berada di bangunan atau premis itu dan jika bangunan atau premis itu tidak dihuni, pegawai galian itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di bangunan atau di premis itu;

(c)

dengan serta-merta melaporkan penyitaan itu kepada

Pengarah; dan

(d)

jika dapat dilaksanakan, memindahkan benda yang disita itu, dengan seberapa segera yang mungkin, bagi penjagaannya.

Report

Bab 2

Keterangan

Bab 3

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Am

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII