Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
26. Kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai galian yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu.
Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai galian itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Pembangunan Mineral 31
Pegawai galian yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, pegawai galian itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Bab 2
Keterangan
Bab 3
Kesalahan dan Penalti
Bab 4
Am
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII