Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

34. Section 34

(1)

Jika mana-mana pegawai galian mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana alat pengangkutan sedang membawa apa-apa benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah

Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa alat pengangkutan itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga alat pengangkutan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai galian itu —

(a)

memberhentikan alat pengangkutan itu dan membenarkan pegawai galian itu memeriksanya; dan

(b)

membuka semua bahagian alat pengangkutan itu, termasuk bekas di dalamnya atau di atasnya, untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana pegawai galian itu dapati perlu dibuat.

(3)

Mana-mana orang yang tidak atau enggan bekerjasama dengan pegawai galian itu untuk memberhentikan alat pengangkutan atau menjalankan suatu penggeledahan ke atas alat pengangkutan itu adalah melakukan suatu kesalahan.

Pembangunan Mineral 37

Report

Bab 2

Keterangan

Bab 3

Kesalahan dan Penalti

Bab 4

Am

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII