Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 1 · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai galian boleh tanpa waran —
menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.
Seseorang pegawai galian yang membuat penangkapan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan selepas itu orang yang ditangkap seperti disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bahagian VI
Bahagian VII