Seksyen 16
Menyiarkan kemasukan semula nama dalam daftar
of Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977
ActIn forceProvision 15 of 21
Seksyen 16
(1)
Jika Lembaga berfikir patut dalam sesuatu hal ia boleh, sama ada dengan kehendaknya sendiri atau atas permohonan orang yang berkenaan, dan hendaklah, atas perintah Menteri, memasukkan semula dalam daftar sesuatu nama yang telah dipotong dan dalam hal yang demikian Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran baru kepada orang yang berkenaan itu.
(2)
Sesuatu nama yang telah dimasukan semula dalam daftar di bawah subsekyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta dengan ditandatangani oleh pendaftar.