Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2025Read it in English

Bahagian II · Agensi Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon Malaysia

11. Mesyuarat Agensi

Feedback & support
(1)

Agensi hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali setahun dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis oleh Pengerusi, dan Pengerusi boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat Agensi itu.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Agensi.

(3)

Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Agensi, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Lima orang anggota, termasuk Pengerusi mesyuarat, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat.

(5)

Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

(6)

Agensi boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Karbon 17

Report

Bahagian III

Pemerangkapan Karbon

Bahagian IV

Pengangkutan dan Pengimportan Karbon Dioksida

Bahagian V

Penggunaan Karbon Dioksida

Bahagian VI

Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Luar Pesisir

Bahagian VII

Penilaian dan Penyimpanan Kekal di Kawasan Daratan

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am