Seksyen 5
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
Seksyen 5
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu;
dengan syarat bahawa dalam hal persaraan di bawah perenggan 10(5)(a) atau di bawah seksyen 13, amaun pencen yang diberikan itu tidak boleh kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), gaji yang akhir diterima oleh seseorang pekerja yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang disebut terdahulu dalam mana dia telah disahkan jika sekiranya dia terus memegang jawatannya yang disebut terdahulu itu sehingga persaraannya.
(3)
Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 9
perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pekerja itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.