14. Persaraan demi kepentingan awam
Feedback & supportMenteri boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah perenggan 10(5)(d) atau (f), tetapi amaunnya tidak boleh melebihi amaun yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira.