Seksyen 15
Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan
of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
ActIn forceProvision 22 of 40
Seksyen 15
(1)
Tertakluk pada seksyen 17, jika seseorang pekerja berpencen mati dalam perkhidmatan, Menteri boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pekerja yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1344).