Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2024Read it in English

13. Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (4), jika seseorang pekerja berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan atau berumur lima puluh tahun bagi pekerja lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan, walau bagaimana jua cara ianya ditubuhkan dan sama ada atau tidak Kerajaan atau mana-mana

Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan di dalamnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, atau dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa yang mana Kerajaan menjadi anggota, dia boleh disifatkan telah bersara dari perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan pada tarikh dia meninggalkan pihak berkuasa itu, dan pekerja itu, jika sekiranya dia mati sebelum mencapai umur lima puluh tahun atau empat puluh lima tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bagi maksud seksyen 15, disifatkan telah mati dalam perkhidmatan jika pada masa kematiannya dia berada dalam perkhidmatan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa tersebut, atau, jika ketika itu dia tidak berada dalam perkhidmatan tersebut, dia telah berada dalam perkhidmatan tersebut untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu.

(2)

Jika seseorang pekerja berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan dan lima

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 21

puluh tahun bagi pekerja lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan

Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan pada atau selepas 17 Mac 1986 mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan tersebut mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti di dalam Skim Baru dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pekerja itu.

(2A)

Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Bagi seseorang pekerja berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pekerja perempuan atau lima puluh tahun bagi pekerja lelaki jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan

Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu.

(4)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pekerja itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa yang dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 239

dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain.

Report