Skip to content

Seksyen 6E

Wang Simpanan Pekerja

of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980

ActIn forceProvision 11 of 40
Seksyen 6E
(1)

Seseorang pekerja yang telah diberikan taraf pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau disifatkan menjadi pekerja berpencen di bawah perenggan 7(a), (b) atau (c), boleh memilih

Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

(2)

Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut suatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen.

(3)

Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad.

(4)

Seseorang pekerja berpencen hendaklah terus menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuat kuasa, tetapi perkhidmatannya selepas opsyennya mula berkuat kuasa tidak boleh diambil kira bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira.

Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 13