Skip to content

Seksyen 6G

Keberterusan pemakaian Akta ini dan pemakaian Akta 452

of Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980

ActIn forceProvision 13 of 40
Seksyen 6G
(1)

Tertakluk pada subseksyen 6E(4), peruntukan Akta ini, kecuali subseksyen 6A(4), seksyen 6B, 6C, 6D dan subseksyen 8(1), hendaklah terus terpakai, dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 hendaklah terpakai, bagi pekerja berpencen yang memilih Skim

Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6E(1).

(2)

Bagi maksud Akta ini, jika seseorang pekerja berpencen memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen 6E(1), dia boleh, apabila dia bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 atau 13 daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain berasaskan perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira dalam pihak berkuasa berkanun atau tempatan itu, yang dihitung mengikut peraturan-peraturan.

(3)

Jika seseorang pekerja berpencen yang memilih Skim Pencen

Dan

Kumpulan

Wang

Simpanan

Pekerja di bawah subseksyen 6E(1)—

(a)

meninggal dunia dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pekerja itu hendaklah, bagi maksud seksyen 15, disifatkan telah meninggal dunia dalam perkhidmatan; atau

(b)

berkahwin semasa dalam perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, perkahwinannya hendaklah, bagi maksud seksyen 16, disifatkan sebagai perkahwinan yang telah berlaku ketika pekerja itu masih dalam perkhidmatan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 239