Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti

133. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran guru

(1)

Seseorang yang, semasa membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai guru atau selainnya bagi maksud mendorong

Ketua Pendaftar menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia ketahui adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta yang material atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Seseorang yang—

(a)

bertindak sebagai guru di sesuatu institusi pendidikan dengan melanggar subseksyen 103(1);

(b)

menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja seseorang untuk bertindak sebagai guru dengan melanggar subseksyen 103(1);

(c)

bertindak sebagai guru di suatu institusi pendidikan yang tidak berdaftar;

(d)

sebagai guru berdaftar mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 109(2) atau sebagai pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114, mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh permit itu;

(e)

menyebabkan, membenarkan atau mengambil kerja seseorang guru berdaftar untuk mengajar di suatu institusi pendidikan dengan melanggar mana-mana syarat yang berhubungan dengan guru itu yang dikenakan di bawah seksyen 109 atau menyebabkan, membenarkan atau

Pendidikan 93

mengambil kerja pemegang permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 114 untuk mengajar selain mengikut syarat yang dikenakan oleh permit itu;

(f)

tidak menyerahkan balik perakuan, dokumen atau permit mengikut seksyen 115; atau

(g)

sebagai guru berdaftar tidak membuat laporan kepada

Ketua Pendaftar mengikut seksyen 116, boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (b) atau

(e)

, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan boleh, apabila disabitkan atas suatu kesalahan di bawah perenggan (a), (c), (d), (f)

atau (g), didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Report

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Peralihan dan Pemansuhan

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128

Bahagian IX

Bahagian IX Akta ini.

Schedules