Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti

139. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

(1)

Ketua Pendaftar boleh, dalam sesuatu hal apabila difikirkannya layak dan patut untuk berbuat sedemikian, dan dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh dihukum di bawah Akta ini, kecuali suatu kesalahan di bawah seksyen 72 dan subseksyen 132(1), atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua

Pendaftar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan, yang tidak boleh melebihi

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 550

lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh

Ketua Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)—

(a)

tiada pendakwaan boleh dibuat selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat; dan

(b)

apa-apa barang, benda atau artikel lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.

(4)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Ketua Pendaftar menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Report

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Peralihan dan Pemansuhan

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128

Bahagian IX

Bahagian IX Akta ini.

Schedules