Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Kesalahan dan Penalti

136. Kuasa untuk menyiasat

(1)

Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Ketua Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dalam mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan oleh Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secara bertulis.

Pendidikan 95

Report

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Peralihan dan Pemansuhan

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128

Bahagian IX

Bahagian IX Akta ini.

Schedules