Skip to content

Seksyen 11

Pelantikan Perbadanan

of Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

ActIn forceProvision 11 of 43
Seksyen 11
(1)

Jika sesuatu Mahkamah, Kerajaan Malaysia atau seseorang di dalam atau di luar Malaysia mempunyai kuasa untuk melantik seorang pemegang amanah, wasi, pentadbir, penjaga, sahabat wakil, ejen, wakil, penerima, penerima dan pengurus atau pelikuidasi atau untuk membuat apa-apa pelantikan lain yang bersifat fidusiari,

Perbadanan bolehlah dilantik sedemikian.

Perbadanan Amanah Raya 15

(2)

Perbadanan boleh bertindak sama ada bersendirian atau bersesama mana-mana orang atau kumpulan orang atas apa-apa sifat yang ia dilantik dan hendaklah mempunyai kuasa, kewajipan dan liabiliti yang sama dan adalah berhak kepada hak dan kekebalan yang sama dan hendaklah tertakluk kepada kawalan dan perintah

Mahkamah yang sama sebagaimana orang persendirian yang bertindak atas sifat itu.

(3)

Perbadanan tidak boleh enggan menerima apa-apa pelantikan semata-mata atas alasan kecilnya nilai harta yang dengannya pelantikan itu berhubungan.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Perbadanan untuk enggan menerima apa-apa pelantikan boleh, dalam tempoh empat belas hari dari keputusan itu, merayu kepada Menteri secara bertulis dan keputusan Menteri atas rayuan itu adalah muktamad.