Skip to content

Seksyen 19

Pembayaran bagi nafkah orang belum dewasa

of Akta Perbadanan Amanah Raya 1995

ActIn forceProvision 19 of 43
Seksyen 19
(1)

Jika apa-apa harta yang nilainya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dipegang oleh Perbadanan, sama ada menurut kuasa suatu pemberian surat kuasa mentadbir kepada Perbadanan atau menurut kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh Akta ini, dan harta itu dipegang oleh Perbadanan atas amanah bagi mana-mana orang bagi apa jua pun kepentingan, sama ada terletak hak atau kontingen, maka, tertakluk kepada apa-apa kepentingan atau gadaian terdahulu yang menyentuh harta itu, Perbadanan boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, semasa mana-mana orang sedemikian belum dewasa, membuat pembayaran daripada kesemua atau mana-mana bahagian pendapatan dan wang modal harta itu sebagaimana yang munasabah dalam segala hal keadaan itu bagi nafkah, pendidikan atau faedah orang itu.

(2)

Jika nilai harta yang dipegang sedemikian melebihi empat puluh ribu ringgit, Perbadanan boleh membuat pembayaran daripada wang modal sehingga takat dua puluh ribu ringgit.

(3)

Pembayaran di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh dibuat kepada ibu atau bapa atau penjaga orang itu atau selainnya sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan mengikut budi bicaranya dan sama ada terdapat atau tidak—

(a)

apa-apa wang lain yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; atau

(b)

mana-mana orang yang terikat oleh undang-undang untuk memperuntukkan bagi nafkah atau pendidikan orang itu.

22

Undang-Undang Malaysia