Seksyen 21
Perbadanan boleh mewakili orang belum dewasa
of Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
Perbadanan boleh, atas permohonannya sendiri atau atas permohonan mana-mana orang lain melalui saman, dilantik oleh
Mahkamah untuk bertindak sebagai sahabat wakil mana-mana orang belum dewasa bagi maksud memulakan apa-apa guaman atau prosiding atas nama orang belum dewasa itu.
(2)
Jika dalam apa-apa guaman atau prosiding yang belum selesai adalah didapati perlu untuk menambah seseorang orang belum dewasa sebagai plaintif bersama, maka Mahkamah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan Perbadanan atau mana-mana orang lain, melantik Perbadanan untuk bertindak sebagai sahabat wakil orang belum dewasa itu dalam guaman atau prosiding itu.
(3)
Dalam apa-apa guaman atau prosiding yang dalamnya seseorang orang belum dewasa ialah defendan atau yang dalamnya adalah didapati perlu untuk menambah seseorang orang belum dewasa sebagai defendan bersama, maka Mahkamah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan Perbadanan atau mana-mana orang lain, melantik Perbadanan untuk bertindak sebagai penjaga kepada orang belum dewasa itu bagi maksud guaman atau prosiding itu.
(4)
Mahkamah tidaklah boleh membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini melainkan jika Perbadanan telah diberikan peluang untuk didengar dan peruntukan dibuat sehingga memuaskan hati Mahkamah bagi pembayaran kos Perbadanan atas dasar kos antara peguam cara dan klien dan bagi pembayaran apa-apa kos yang mungkin diawardkan terhadap atau diarahkan supaya dibayar oleh Perbadanan.
Perbadanan Amanah Raya 23
(5)
Dalam apa-apa guaman atau prosiding yang di dalamnya
Perbadanan dilantik di bawah seksyen ini untuk bertindak bagi pihak seseorang orang belum dewasa, tiada kos boleh didapatkan daripada Perbadanan.
(6)
Dalam seksyen ini “guaman” ertinya sesuatu tindakan atau guaman bagi pentadbiran harta pusaka mana-mana orang yang mati atau sesuatu amanah, dan “prosiding” ertinya prosiding di bawah
Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980].