Public Trust Corporation Act 1995 · Updated to 1 Sep 2010 · Bahagian III · Fungsi, Kuasa dan Kewajipan Perbadanan
22. Agensi
Feedback & supportMaka adalah sah bagi Perbadanan untuk bertindak di bawah apa-apa surat ikatan atau surat cara yang melaluinya Perbadanan dilantik sebagai ejen atau wakil bagi mana-mana orang, dan segala kuasa yang diberikan kepada Perbadanan oleh mana-mana surat ikatan atau surat cara itu bolehlah dijalankan oleh mana-mana pegawai perbadanan yang ditetapkan oleh Perbadanan bagi maksud itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberi kuasa mana-mana orang untuk memberi kepada Perbadanan apa-apa kuasa yang tidak boleh diwakilkan dengan sah olehnya.