Public Trust Corporation Act 1995 · Updated to 1 Sep 2010 · Bahagian III · Fungsi, Kuasa dan Kewajipan Perbadanan
14. Pelantikan Perbadanan sebagai ganti wasi, dsb
Feedback & supportMahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan benefisial, melantik Perbadanan, jika alasan yang mencukupi ditunjukkan, sebagai ganti kesemua atau mana-mana wasi, pentadbir atau pemegang amanah yang sedia ada.
Mana-mana wasi yang telah mendapat probet atau mana-mana pentadbir yang telah mendapat surat kuasa mentadbir atau mana-mana pemegang amanah boleh, dengan keizinan Mahkamah dan setelah memberikan apa-apa notis kepada orang yang mempunyai kepentingan benefisial sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, dan walaupun dia telah bertindak dalam mentadbirkan harta pusaka si mati atau harta amanah itu, memindahkan harta pusaka atau harta amanah itu kepada Perbadanan bagi pentadbirannya sama ada secara tunggal atau bersesama wasi, pentadbir atau pemegang amanah yang berterusan, jika ada.
Perintah Mahkamah yang memberikan keizinan mengenai pemindahan itu hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, memberi kepada Perbadanan segala kuasa wasi, pentadbir atau pemegang amanah.
Wasi, pentadbir atau pemegang amanah itu tidaklah dalam apa-apa cara bertanggungan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau keingkaran berhubungan dengan harta pusaka atau harta amanah itu selepas tarikh perintah itu selain daripada perbuatan atau keingkarannya sendiri atau perbuatan atau keingkaran orang yang selain daripada dirinya yang ke atas kelakuannya dia adalah bertanggungjawab di sisi undang-undang.