Seksyen 16
Perbadanan boleh mengambil milik harta
of Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
Perbadanan boleh, sebaik sahaja ia mengetahui atas apa-apa keterangan yang difikirkannya mencukupi bahawa mana-mana orang telah meninggal dunia tidak berwasiat dengan meninggalkan harta di Malaysia, dengan serta-merta mengambil milik harta itu dan memperuntukkan bagi jagaan selamatnya sehingga surat kuasa mentadbir diberikan oleh Mahkamah.
(2)
Mana-mana orang yang tanpa kuasa atau alasan yang sah mengalihkan atau cuba mengalihkan mana-mana bahagian harta itu atau memusnahkan, menyembunyikan atau enggan menyerahkan harta itu kepada Perbadanan apabila diminta, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3)
Tiada guaman boleh dibawa terhadap Perbadanan atau mana-mana pegawainya bagi apa-apa jua yang dilakukan oleh
Perbadanan berhubungan dengan mana-mana harta sedemikian di bawah kuasa atau pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan akan kuasa yang terletak hak pada Perbadanan oleh subseksyen (1);
tetapi mana-mana orang yang terkilan dengannya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah bagi tebus rugi.