Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian II · Perbadanan
10. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Perbadanan, selain anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(b) hingga (f), hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Perbadanan atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Perbadanan;
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 13
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri;
dalam hal seorang anggota Perbadanan selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi;
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.