Skip to content

Seksyen 16

Mesyuarat

of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 16 of 45
Seksyen 16
(1)

Perbadanan hendaklah bermesyuarat sekerap yang dikehendaki tetapi tidak kurang daripada empat kali setahun.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Perbadanan dan semasa ketiadaannya, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang pengerusi daripada kalangan mereka dan orang yang dilantik itu hendaklah mempengerusikan mesyuarat dan mempunyai segala kuasa Pengerusi.

(3)

Pengerusi dan empat anggota lain yang hadir dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan hendaklah membentuk kuorum.

(4)

Keputusan Perbadanan hendaklah diambil secara undi lebih suara anggota yang hadir dan mengundi.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 673

(5)

Dalam hal keadaan bilangan undi sama banyak Pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.

(6)

Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua anggota yang pada masa itu berhak untuk menerima notis suatu mesyuarat Perbadanan, adalah sah dan berkesan seolah-olah ketetapan itu telah diluluskan pada masa mesyuarat Perbadanan yang telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ketetapan sedemikian boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang anggota atau lebih.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang

Pengerusi daripada membenarkan seorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan perhubungan atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Perbadanan.