Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian II · Perbadanan
13. Ketidaklayakan dan penamatan anggota Perbadanan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh dilantik atau kekal sebagai anggota
Perbadanan jika—
(a)
dia seorang pegawai mana-mana syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007; atau
(b)
dia mempunyai apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya, dalam apa-apa pengusahaan yang melibatkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.