Seksyen 15
Kewajipan anggota Perbadanan
of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Seseorang anggota Perbadanan hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan jujur dan demi kepentingan Perbadanan dan menggunakan kebijaksanaan munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.
(2)
Seseorang anggota Perbadanan atau mana-mana orang yang pernah menjadi anggota Perbadanan tidak boleh—
(a)
menggunakan secara tidak wajar apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab kedudukannya sebagai seorang anggota Perbadanan untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung suatu faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b)
melakukan, memperkatakan atau menyiarkan apa-apa yang boleh memudaratkan kepentingan Perbadanan.