Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian II

10. Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan

Feedback & support
(1)

Jawatan seseorang anggota Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a), (d) atau (e) hendaklah menjadi kosong —

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan —

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

(f)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

Perbadanan Stadium Malaysia 15

(g)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(2)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a), (d) atau (e) terhenti menjadi anggota Perbadanan, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.

Report

Bahagian III

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Perbadanan

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules