Skip to content

Seksyen 13

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010

ActIn forceProvision 13 of 49
Seksyen 13
(1)

Perbadanan hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada

Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan tentang aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.

(3)

Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 717

berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.