Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian II

14. Pewakilan fungsi dan kuasa Perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa syarat, batasan dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan, mewakilkan secara bertulis mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjamkan wang, memberikan pinjaman, menubuhkan syarikat dan membuat peraturan-peraturan, kepada —

(a)

mana-mana anggota;

(b)

suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan;

atau

(c)

seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, jawatankuasa pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

(2)

Mana-mana anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil perhatian semua syarat, batasan dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh mewakilkan kepada Pengerusi kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan

Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan

Perbadanan ke takat yang dinyatakan oleh Perbadanan.

(4)

Suatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Perbadanan sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.

Perbadanan Stadium Malaysia 17

Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa

Report

Bahagian III

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Perbadanan

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules