Seksyen 7
Tempoh jawatan
of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010
ActIn forceProvision 7 of 49
Seksyen 7
(1)
Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seorang anggota Perbadanan yang dilantik dibawah perenggan 6(1)(a), (d) atau (e) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
(2)
Seseorang anggota Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a), (d) atau (e) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan itu bagi tempoh lebih daripada dua penggal sama ada secara berterusan atau selainnya.