Seksyen 21
Pembayaran pinjaman pendidikan
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
ActIn forceProvision 23 of 64
Seksyen 21
(1)
Pinjaman pendidikan di bawah Akta ini hendaklah diberikan dan dibayar kepada pelajar yang layak mengikut apa-apa jumlah wang dan cara sebagaimana yang boleh diputuskan oleh
Perbadanan dari semasa ke semasa.
(2)
Bagi maksud subseksyen
(1)
,
Perbadanan boleh menetapkan apa-apa ujian kemampuan yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Perbadanan bagi menentukan dan memilih pelajar yang layak bagi pinjaman pendidikan.