Skip to content

Seksyen 26

Bermulanya pembayaran balik pinjaman pendidikan

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 30 of 64
Seksyen 26
(1)

Adalah menjadi kewajipan pelajar penerima untuk membayar balik pinjaman pendidikannya kepada Perbadanan tidak

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

lewat daripada enam bulan dari tarikh dia menamatkan atau berhenti menjalani kursus pengajian di institusi pendidikan tinggi yang berkenaan dengannya pinjaman telah diberikan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian pinjaman pendidikan yang dibuat antara

Perbadanan dengan pelajar penerima, Lembaga, atas permohonan yang dibuat oleh pelajar penerima sebelum habis tempoh enam bulan dalam subseksyen (1), boleh melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan mengikut apa-apa terma dan syarat yang disifatkan oleh Lembaga patut dikenakan.