Seksyen 22
Kewajipan menyenggara rekod pinjaman pendidikan
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
Perbadanan hendaklah menyimpan atau menyenggara dan menyebabkan untuk disimpan atau disenggara suatu rekod mengenai semua pinjaman pendidikan yang dibayar dari Kumpulan Wang dan pembayaran baliknya.
(2)
Rekod yang disimpan dan disenggara di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
butir-butir tentang pelajar penerima seperti nombor kad pengenalan, nama dan alamatnya;
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 25
(b)
amaun pinjaman pendidikan, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap pembayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh mula berkuat kuasa pembayaran balik, dan rekod pembayaran balik;
(c)
nama institusi pendidikan tinggi di mana pelajar penerima sedang menuntut, kursus pengajian, tempoh belajar dan tarikh jangkaan tamatnya pengajian; dan
(d)
apa-apa butir lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.
Ketua Eksekutif boleh mengeluarkan perakuan kepada Ketua
Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen untuk melarang pelajar penerima daripada meninggalkan Malaysia dalam hal keadaan tertentu