Seksyen 29
Dalam Negeri
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
(1)
Adalah menjadi kewajipan seseorang majikan yang mengambil kerja seseorang pelajar penerima, apabila diberitahu secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Perbadanan atau Lembaga
Hasil Dalam Negeri―
(a)
untuk memotong daripada gaji pelajar penerima itu apa-apa jumlah wang yang diberitahukan oleh
Perbadanan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun bayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada pelajar penerima itu bagi tujuan pelepasan pinjaman pendidikannya; dan
(b)
untuk meremit amaun yang dipotong itu kepada
Perbadanan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap bulan.
(2)
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 31
tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.