Seksyen 52
Akaun dan laporan
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
Perbadanan hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laopran yang sepatutnya mengenai aktiviti-aktivitinya dan hendaklah, dengan seberapa segera
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 39
yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan bagi tahun kewangan itu―
(a)
suatu penyata akaun Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaannya; dan
(b)
suatu pernyataan mengenai aktiviti-aktivitinya.
(2)
Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dalam perenggan (1)(a) dan pernyataan mengenai aktiviti-aktivitinya dalam perenggan (1)(b), yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akta Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 adalah terpakai