Skip to content

Seksyen 59

Kuasa untuk mengkompaun

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 64 of 64
Seksyen 59
(1)

Ketua Eksekutif boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua

Eksekutif suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua

Eksekutif, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 43

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Eksekutif di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.