Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian VII
56. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini―
mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, merupakan pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan itu; dan
tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, yang dalam apa-apa cara, melalui perbuatan atau peninggalan secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan atau menjadi pihak dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 41
melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.