Skip to content

Seksyen 54

Obligasi menyimpan rahsia

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 59 of 64
Seksyen 54
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota

Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat

Perbadanan boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen

(1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.