Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian III · Memenuhi Kehendak Undang-Undang Melalui Cara Elektronik
12. Asal
Feedback & supportJika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen dalam bentuk asalnya, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika—
wujud suatu jaminan yang boleh dipercayai mengenai integriti maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik itu dari masa mesej elektronik itu mula-mula dihasilkan dalam bentuknya yang muktamad; dan
mesej elektronik itu boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya.
10
Undang-Undang Malaysia
Bagi maksud perenggan (1)(a)—
kriteria bagi menilai integriti maklumat itu hendaklah sama ada maklumat itu kekal lengkap dan tidak diubah, selain penambahan apa-apa pengendorsan atau apa-apa perubahan yang timbul dalam perjalanan biasa komunikasi, penyimpanan dan paparan; dan
standard kebolehpercayaan yang dikehendaki hendaklah dinilai berpandukan kepada maksud dokumen itu dihasilkan dan berpandukan kepada semua hal keadaan lain yang berkaitan.