Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian III · Memenuhi Kehendak Undang-Undang Melalui Cara Elektronik
16. Penyampaian dan penyerahan
Feedback & supportJika mana-mana undang-undang menghendaki apa-apa dokumen untuk disampaikan, dihantar atau diserahkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyampaian, penghantaran atau penyerahan dokumen itu melalui suatu cara elektronik jika terdapatnya suatu sistem memproses maklumat—
untuk mengenal pasti asal usul, destinasi, masa dan tarikh penyampaian, penghantaran atau penyerahan; dan
bagi pengakuterimaan, dokumen itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi—
apa-apa notis ingkar, notis tuntutan, notis tunjuk sebab, notis pemilikan semula atau apa-apa notis yang seumpama yang dikehendaki untuk disampaikan sebelum memulakan suatu prosiding undang-undang; dan
mana-mana proses pemulaan, pliding, afidavit atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan menurut suatu prosiding undang-undang.