Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian III · Memenuhi Kehendak Undang-Undang Melalui Cara Elektronik
13. Penyimpanan dokumen
Feedback & supportJika mana-mana undang-undang menghendaki mana-mana dokumen disimpan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyimpanan dokumen itu dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—
disimpan dalam format yang mesej elektronik ini dihasilkan, dihantar atau diterima, atau dalam suatu format yang tidak mengubah secara material maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik yang asalnya telah dihasilkan, dihantar atau diterima;
boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan
mengenal pasti asal usul dan destinasi mesej elektronik itu dan tarikh dan masa ia dihantar atau diterima.