Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian III · Memenuhi Kehendak Undang-Undang Melalui Cara Elektronik
15. Bentuk yang ditetapkan
Feedback & supportJika mana-mana undang-undang menghendaki apa-apa dokumen dalam suatu bentuk yang ditetapkan, kehendak undang-undang itu dipenuhi oleh suatu dokumen dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—
(a)
diformat mengikut cara yang sama atau sebahagian besarnya sama dengan bentuk yang ditetapkan;
(b)
boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan bagi rujukan yang berikutnya; dan
(c)
berupaya disimpan oleh orang yang satu lagi.