Skip to content

Seksyen 48

Pelepasan benda yang disita

of Akta Perihal Dagangan 2011

ActIn forceProvision 49 of 74
Seksyen 48
(1)

Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda telah disita di bawah Akta ini,

Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang-barang atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang-barang atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah

Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian

Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan

Persekutuan, Pengawal atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Pengawal tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang-barang atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong

Pengawal yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu.