Skip to content

Seksyen 54

Anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel

of Akta Perihal Dagangan 2011

ActIn forceProvision 56 of 74
Seksyen 54
(1)

Jika apa-apa barang yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini terdapat dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalnya, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang-barang yang sama jenis, kuantiti dan kualiti.

(2)

Jika bungkusan atau bekas mengandungi barang-barang yang melanggar peruntukan Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah pun disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan dalam setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.

(3)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.