Skip to content

Seksyen 50

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik

of Akta Perihal Dagangan 2011

ActIn forceProvision 51 of 74
Seksyen 50

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Halangan