Seksyen 52A
Kuasa untuk mengambil sampel
ActIn forceProvision 54 of 74
Seksyen 52A
(1)
Seseorang Penolong Pengawal boleh, tanpa bayaran, meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa barang bagi maksud analisis daripada mana-mana orang yang mengilang, mengeluarkan, menjual atau mengimport barang-barang itu atau daripada ejen atau pekhidmatnya.
(2)
Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang Penolong Pengawal di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.