Akta Perihal Dagangan 2011 · Updated to 11 Jan 2022 · Bab 3
53. Keterangan agent provocateur boleh diterima
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun agent provocateur itu ialah seorang Penolong
Pengawal, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur itu oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 730