Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian X · Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
153. Pelakuan dilarang dalam pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh—
Perkhidmatan Kewangan Islam 163
terlibat dalam apa-apa pelakuan atau aktiviti dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam yang bertentangan dengan Shariah;
mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi yang telah atau berkemungkinan mempunyai kesan yang mewujudkan suatu kadar yang bukan kadar pasaran yang mengakibatkan suatu kadar buatan bagi urus niaga instrumen kewangan Islam dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam;
mewujudkan, atau menyebabkan untuk diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua yang dikira untuk mewujudkan, suatu gambaran palsu atau mengelirukan mengenai urus niaga aktif instrumen kewangan Islam dalam pasaran wang
Islam atau pasaran pertukaran asing Islam;
membuat suatu penyataan, atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam suatu butir material dan berkemungkinan mendorong orang lain untuk berurus niaga dalam instrumen kewangan
Islam atau berkemungkinan mempunyai kesan menaikkan, menurunkan, mengekalkan atau menstabilkan kadar pasaran instrumen kewangan Islam itu dalam pasaran wang
Islam atau pasaran pertukaran asing Islam dan apabila orang itu membuat penyataan, atau menyebarkan maklumat itu—
orang itu tidak melaksanakan kecermatan sewajarnya sama ada penyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu; atau
orang itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa penyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan secara material;
mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi berdasarkan maklumat yang tidak tersedia ada secara umum kepada orang yang berurus niaga secara tetap dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing
Islam yang akan, atau berkecenderungan untuk memberi
164 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
suatu kesan material kepada harga atau nilai instrumen kewangan Islam; atau
terlibat dalam apa-apa pelakuan lain yang berhubungan dengan pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing
Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor
Bank.
Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 277, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—
perihalan pelakuan yang menjadi; atau
faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada seseorang itu telah terlibat dalam, apa-apa pelakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII