Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVII · Peruntukan Am

270. Aku janji yang boleh dikuatkuasakan

(1)

Menteri atau Bank boleh menerima suatu aku janji bertulis yang diberikan oleh seseorang berkaitan dengan suatu perkara berhubungan dengan yang Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kuasa atau fungsi di bawah Akta ini.

(2)

Aku janji yang diterima di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau ditarik balik oleh orang yang memberi aku janji itu dengan kebenaran Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Sekiranya Bank berpendapat bahawa orang yang telah memberikan suatu aku janji bertulis telah memungkiri mana-mana terma aku janji itu—

(a)

yang diberikan kepada Bank, Bank boleh memohon; atau

(b)

yang diberikan kepada Menteri, Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk memohon, kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah subsekyen (4)

melalui saman pemula.

(4)

Sekiranya Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa seseorang itu telah memungkiri suatu terma aku janji, Mahkamah Tinggi itu boleh membuat mana-mana atau semua perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah mengarahkan orang itu untuk mematuhi aku janji itu;

(b)

suatu perintah mengarahkan orang itu untuk membayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun setakat amaun apa-apa manfaat kewangan yang orang itu peroleh (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dan yang berpunca secara munasabah daripada kemungkiran itu;

266 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(c)

apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi berpendapat wajar mengarahkan orang itu untuk memberikan pampasan mana-mana orang lain yang mengalami kerugian atau kerosakan akibat daripada kemungkiran itu; atau

(d)

apa-apa perintah lain yang Mahkamah Tinggi berpendapat wajar.

(5)

Bank hendaklah berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi berkenaan dengan suatu kemungkiran aku janji yang diberikan kepada

Menteri.

Report

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules