Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian IX · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
133. Tafsiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud Penggal ini, Penggal 2 dan Jadual 7—
“pengadu yang layak” ertinya mana-mana orang yang layak untuk merujuk suatu pertikaian kepada skim ombudsman kewangan mengikut terma rujukan skim itu;
“pengguna kewangan”
ertinya mana-mana orang yang menggunakan, telah menggunakan atau mungkin bercadang untuk menggunakan, apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan—
bagi maksud persendirian, domestik atau rumah;
berkaitan dengan suatu perniagaan kecil sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 135; atau
sama ada atau tidak bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b), sekiranya—
nilai perkhidmatan atau produk kewangan itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 135; atau
orang itu adalah suatu golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank di bawah seksyen 135;
“penyedia perkhidmatan kewangan” ertinya orang yang diberi kuasa;
“perkhidmatan atau produk kewangan” ertinya perkhidmatan kewangan atau produk kewangan yang dibangunkan, ditawarkan atau
Perkhidmatan Kewangan Islam 147
dipasarkan, oleh penyedia perkhidmatan kewangan atau bagi dan bagi pihak seorang yang lain oleh penyedia perkhidmatan kewangan;
“skim ombudsman kewangan”
ertinya suatu skim untuk menyelesaikan pertikaian antara pengadu yang layak dan penyedia perkhidmatan kewangan berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kewangan.
Pelakuan perniagaan, aduan, pertikaian, dsb.
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII